13 Mei 2012
UUK Yang Baru Diluluskan Pindaannya Oleh SKM
UNDANG-UNDANG KECIL
KOPERASI TEMASA SABAH BERHAD
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Tajuk dan mula berkuat kuasa
1. (1) Undang-undang
Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Temasa Sabah Berhad.
|
(2) Undang-undang
Kecil ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh ianya didaftarkan oleh
Suruhanjaya.
Tafsiran
2. Di dalam Undang-undang Kecil ini, melainkan jika konteksnya
menghendaki makna yang lain —
“Akta”
ertinya Akta Koperasi 1993 dan pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke
semasa;
“arahan” ertinya arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya
Koperasi Malaysia kepada Koperasi dari semasa ke semasa;
“aturan”
ertinya aturan-aturan yang dibuat oleh Lembaga dari semasa ke semasa bagi
melaksanakan mana-mana aktiviti yang dijalankan oleh Koperasi tertakluk kepada
peruntukan Akta Koperasi 1993, Peraturan,
Undang-undang Kecil dan kelulusan mesyuarat agung;
“dividen”
ertinya bahagian keuntungan Koperasi ini yang dibahagikan di kalangan
anggotanya mengikut kadar modal syer yang dipegang oleh mereka, sebagaimana
yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
“elaun” ertinya saraan yang
dibayar kepada seseorang anggota Lembaga bagi Koperasi ini sebagai balasan
kerana khidmatnya yang diberikan kepada Koperasi ini secara tetap;
“garis panduan” ertinya garis panduan yang
dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia kepada Koperasi dari semasa ke
semasa;
“honorarium” ertinya suatu
bahagian keuntungan bersih teraudit Koperasi yang diagihkan antara beberapa
atau semua anggota Lembaga sebagai balasan bagi perkhidmatan mereka yang
lazimnya tidak diberi saraan, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
“kawasan operasi” ertinya
kawasan di mana Koperasi ini dibolehkan mendapat anggotanya;
“kesalahan boleh daftar”
ertinya kesalahan yang boleh didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Penjenayah-Penjenayah
dan Orang-Orang Tak Diingini 1969, sebagaimana yang ditakrifkan menurut Jadual
Pertama dan Kedua kepada Akta itu;
“Koperasi” atau
"Koperasi ini" ertinya Koperasi
Temasa Sabah Berhad;
“Lembaga” ertinya badan pengelola
Koperasi ini yang kepadanya pengurusan hal-ehwal Koperasi ini diamanahkan,
sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
“Menteri” ertinya Menteri
yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab pembangunan koperasi, sebagaimana
yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
“pegawai” berhubung dengan Koperasi
ertinya seorang pengerusi, setiausaha, bendahari atau mana-mana anggota lain
Lembaga, dan termasuklah ketua pegawai eksekutif, mana-mana orang yang diberi kuasa
oleh Lembaga, Peraturan atau perintah atau Undang-undang Kecil untuk memberi
arahan berkenaan dengan urusan Koperasi ini, atau mana-mana pekerja,
sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
“pelantikan” termasuklah
apa-apa pelantikan atau pelantikan semula, sebagaimana yang ditakrifkan menurut
seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
“Pengerusi Eksekutif”
ertinya Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, sebagaimana yang
ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
“Peraturan” ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta
Koperasi 1993 dan pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;
“potongan langganan” ertinya
bahagian keuntungan Koperasi ini yang dibahagikan di kalangan anggotanya mengikut
kadar banyaknya perniagaan yang dilakukan oleh mereka dengan Koperasi ini dan
yang daripadanya keuntungan Koperasi ini diperoleh, sebagaimana yang
ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
“prinsip
koperasi” termasuklah —
(a)
keanggotaan
sukarela dan terbuka;
(b)
kawalan
demokratik oleh anggota;
(c)
penglibatan
ekonomi oleh anggota;
(d)
autonomi
dan kebebasan;
(e)
pendidikan, latihan dan
maklumat;
(f)
kerjasama
antara koperasi; dan
(g)
mengambil
berat terhadap masyarakat,
sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
“pulangan” termasuklah
apa-apa bentuk sewaan, pulangan, dividen atau faedah, termasuk apa-apa fi atau
hadiah, yang kena dibayar atau akan diberikan berhubung dengan apa-apa
urusniaga, transaksi atau surat cara, sebagaimana yang ditakrifkan menurut
seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
“sabitan” termasuklah sesuatu
dapatan bersalah dan pembuktian kesalahan, sebagaimana yang ditakrifkan menurut
seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
“simpanan khas” ertinya
wang yang didepositkan oleh seseorang anggota dengan Koperasi ini dengan niat
nyata untuk menggunakan wang yang didepositkan untuk suatu maksud yang
dinyatakan yang dibenarkan di
bawah Peraturan, sebagaimana yang
ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
“subsidiari” ertinya sesuatu syarikat, sebagaimana yang ditakrifkan
dalam Akta Syarikat 1965, yang komposisi Lembaga Pengarahnya atau lebih
daripada separuh kuasa mengundinya dikawal oleh Koperasi ini, atau yang lebih
daripada separuh modal syer diterbitkannya dipegang oleh Koperasi ini, dan
termasuklah sesuatu subsidiari, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta itu,
bagi syarikat itu, sebagaimana yang ditakrifkan
menurut seksyen 2 Akta Koperasi
1993;
“Suruhanjaya” ertinya
Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta
Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007, sebagaimana yang ditakrifkan menurut
seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
“syer” ertinya bahagian dalam
modal syer Koperasi ini yang disumbangkan oleh seseorang anggota berkenaan
dengan keanggotaannya dalam Koperasi ini, sebagaimana yang ditakrifkan
menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
“Undang-undang Kecil”
ertinya Undang-undang Kecil berdaftar yang dibuat oleh Koperasi ini pada
menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan oleh Akta Koperasi 1993 dan
termasuklah sesuatu pindaan berdaftar Undang-undang Kecil, sebagaimana yang
ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta
Koperasi 1993; dan
“wang berlebihan”
ertinya tertakluk kepada Peraturan, wang yang melebihi amaun yang diperlukan
oleh Koperasi ini bagi kegunaan segera sebagai modal kerja bagi perniagaannya,
yang boleh didepositkan atau dilaburkan di luar Koperasi ini tanpa menjejaskan
pengendalian perniagaan itu, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2
Akta Koperasi 1993.
Perubahan dari segi nahu, jenis jantina dan bilangan
3.
(1) Jika mana-mana perkataan atau perbahasan
ditakrif dalam sesuatu undang-undang bertulis, takrif itu hendaklah
diperluaskan kepada segala perubahan nahu dan perbahasan kognat perkataan itu
atau perbahasan yang ditakrifkan.
(2) Perkataan-perkataan
dan perbahasan-perbahasan yang memaksudkan jenis lelaki meliputi perempuan.
(3) Perkataan-perkataan
dan perbahasan-perbahasan dalam bilangan tunggal meliputi bilangan jamak, dan
perkataan-perkataan dan perbahasan-perbahasan dalam bilangan jamak meliputi
bilangan tunggal.
BAHAGIAN II
NAMA,
ALAMAT BERDAFTAR DAN KAWASAN OPERASI
Nama
4. Menurut
subseksyen 7(4) dan (5) Akta, Koperasi ini hendaklah dinamakan Koperasi
Temasa Sabah Berhad.
Alamat
5. (1) Alamat
yang didaftarkan bagi Koperasi ini ialah Blok Perada-perada, Kg. Seri Serbang, 89700
Bongawan, Sabah, Sabah.
(2) Koperasi hendaklah memberitahu kepada
Suruhanjaya dalam tempoh tiga puluh hari tentang tiap-tiap pertukaran alamat
menurut seksyen 11 Akta.
Kawasan operasi
6. Kawasan operasi
Koperasi ini ialah seluruh Sabah kecuali dearah Pensiangan.
BAHAGIAN III
MATLAMAT,
FUNGSI DAN AKTIVITI
Matlamat
7. Menurut
subseksyen 4(1) Akta, matlamat Koperasi ini ialah untuk meningkatkan
kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi.
Fungsi
8. Fungsi Koperasi
ini ialah Pertanian
Aktiviti
9.
(1) Bagi mencapai matlamat dan fungsi menurut
undang-undang kecil 7 amnya dan 8 khasnya, Koperasi boleh, tertakluk kepada
peruntukan Akta dan Peraturan, menjalankan aktiviti berikut:
(a)
menjalankan
aktiviti pertanian secara komersial;
(b)
.......................................;
(c)
menjalankan aktiviti pelancongan;
(d) menjalankan aktiviti kebajikan dan
pendidikan anggota;
(e) membeli, menjual, memindahkan hak milik,
mendirikan, menyewa, mencagar, memajak,
menggadai dan memiliki harta alih dan harta tak alih;
(f)
melaburkan
wang berlebihan dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 Akta;
(g)
mengadakan subsidiari menurut seksyen 19 Akta dengan
kelulusan Suruhanjaya; dan
(h)
menyertai
usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi lain.
(2) Bagi melaksanakan
aktiviti menurut fasal (1), Koperasi boleh mendapatkan —
(a) modal dengan cara
mengumpul syer, deposit, pinjaman atau simpanan khas daripada anggota; dan
(b) deposit atau pinjaman
daripada bukan anggota dengan kelulusan Suruhanjaya menurut perenggan 50(e), subseksyen 52(2), seksyen 52A
Akta dan Peraturan.
(3) Bagi mengendalikan sesuatu aktiviti menurut fasal (1), Lembaga
hendaklah membuat aturan aktiviti yang sesuai yang diluluskan oleh mesyuarat
agung dan satu salinan hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya dalam tempoh
tiga puluh hari selepas diluluskan oleh mesyuarat agung itu.
(4) Bagi maksud perenggan
50(e)
Akta, sesuatu Koperasi hendaklah —
(a)
menyatakan
dalam Undang-undang Kecilnya, aktiviti yang berhubungan dengan deposit atau pinjaman
daripada anggota atau bukan anggota;
(b) menyatakan terma dan syarat bagi setiap aktiviti dalam
aturan yang berasingan;
(c) membentangkan aturan itu dalam mesyuarat agung untuk
kelulusan; dan
(d) mengemukakan aturan itu kepada Suruhanjaya dalam masa tiga
puluh hari selepas aturan itu diluluskan oleh mesyuarat agung. Walau apa pun
Suruhanjaya boleh mengarahkan supaya aturan dipinda, jika perlu, demi
kepentingan koperasi.
(5) Walau apapun
peruntukan Undang-undang Kecil ini, setiap aktiviti yang hendak dijalankan
adalah tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain.
BAHAGIAN IV
KEANGGOTAAN
Anggota
10. Anggota Koperasi ini termasuklah seseorang yang turut
sama dalam permohonan mendaftarkan Koperasi ini dan yang telah menandatangani minit
mesyuarat agung permulaan Koperasi dan seseorang yang diterima menjadi anggota menurut
Peraturan dan Undang-undang Kecil ini selepas pendaftaran.
Kelayakan menjadi anggota
11. (1) Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada
(2)
Seseorang
yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah —
(a)
warganegara
Malaysia;
(b)
telah
mencapai umur lapan belas tahun;
(c)
bermastautin
atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi ini; dan
(d)
bukan
seorang yang terhadapnya masih berkuat kuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang
boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum
dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam
tempoh satu tahun.
Permohonan menjadi anggota
12. Permohonan menjadi anggota hendaklah
dibuat dalam borang rasmi Koperasi ini dan dialamatkan kepada setiausaha
Koperasi atau pegawai Koperasi yang dipertanggungjawabkan.
Fi masuk
13. (1) Tiap-tiap
permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fi masuk sebanyak RM 10.00 (Ringgit: Sepuluh). Fi masuk
itu menurut perenggan 50(a) Akta akan
dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Lembaga.
(2) Bekas anggota yang memohon untuk menjadi
anggota semula dikenakan fi masuk sebanyak RM
10.00 (Ringgit: Sepuluh).
(3) Penama
atau wakil yang sah kepada anggota yang mati jika memohon untuk menjadi anggota
dalam tempoh 6 bulan selepas
kematian anggota itu, tidak dikenakan fi masuk.
(4) Semua fi masuk hendaklah dikreditkan ke
dalam akaun untung rugi.
Ikrar
anggota
14.
(1) Seseorang yang memohon untuk menjadi
anggota hendaklah menandatangani suatu ikrar bahawa dia —
(a)
akan
terikat dengan Undang-undang Kecil ini dan aturan aktiviti yang sedia ada serta
apa-apa pindaan;
(b)
bukan
seorang bankrap yang belum dilepaskan;
(c)
bukan
seorang yang terhadapnya masih berkuat kuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh
daftar; dan
(d)
tidak
pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi
dalam tempoh satu tahun.
(2) Mana-mana
pemohon yang enggan menandatangani ikrar tersebut tidak boleh diterima menjadi
anggota.
(3) Seseorang
yang telah menjadi anggota dengan sebab turut sama dalam membuat permohonan
bagi pendaftaran Koperasi ini dan mereka yang telah menandatangani minit
mesyuarat agung permulaan Koperasi ini, dikehendaki menandatangani ikrar menurut
fasal (1) dalam tempoh empat puluh lima hari selepas diterima perakuan
pendaftaran Koperasi. Kegagalan menandatangani ikrar tersebut boleh menyebabkan
dia disingkir.
Penerimaan menjadi anggota
15. Permohonan menjadi anggota hendaklah
dipertimbangkan oleh Lembaga dalam mesyuaratnya yang boleh menerima atau
menolak sesuatu permohonan itu tanpa menyatakan sebabnya. Seseorang yang
diterima menjadi anggota hendaklah diberitahu secara bertulis dalam tempoh
tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas penerimaannya itu.
Perolehan hak, kewajipan dan liabiliti anggota
16. Menurut seksyen 28 Akta, tiap-tiap
anggota yang telah menjelaskan bayaran RM
100.00 (Ringgit: Seratus) syer boleh melaksanakan segala hak, kewajipan dan
liabiliti sebagai seorang anggota, sebagaimana yang terkandung di dalam Undang-undang
Kecil ini.
Pemberian Undang-undang Kecil
17. Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan
percuma satu naskah Undang-undang Kecil ini. Naskah tambahan akan dikenakan bayaran.
Penama
18. (1) Tiap-tiap
anggota Muslim hendaklah menamakan seorang wakil di sisi undang-undang untuk
menerima setelah dia mati, wang yang terhak baginya di dalam Koperasi ini bagi
diagihkan kepada waris yang berhak mengikut hukum Islam.
(2) Tiap-tiap
anggota yang bukan Muslim hendaklah menamakan seorang atau lebih daripada
seorang sebagai penama.
(3) Anggota
itu boleh dari semasa ke semasa membatalkan atau menukar penamaan tersebut dan
hendaklah memberitahu Koperasi akan perubahan, jika ada, mengenai penamaan itu.
(4) Penamaan
hendaklah dibuat dalam borang rasmi Koperasi.
(5) Tertakluk kepada undang-undang
kecil 11, seseorang penama boleh diterima menjadi anggota dan penama yang
demikian itu hendaklah dianggap telah menjadi anggota mulai tarikh anggota yang
digantikannya itu diterima sebagai anggota.
Liabiliti anggota
19. (1) Liabiliti
seseorang anggota hendaklah terhad kepada jumlah syer yang dimilikinya
sekiranya pendaftaran Koperasi ini dibatalkan.
(2) Liabiliti
seseorang bekas anggota hendaklah tidak berterusan lebih daripada dua tahun
dari tarikh keanggotaannya terhenti, menurut subseksyen 35(1) Akta.
(3) Harta pusaka seseorang anggota yang telah
mati tidak bertanggungan bagi hutang Koperasi ini, sebagaimana yang ada pada
tarikh kematiannya, melebihi tempoh dua tahun dari tarikh kematian itu menurut
subseksyen 35(2) Akta.
(4) Harta pusaka menurut fasal
(3) adalah syer dalam Koperasi ini.
Hilang kelayakan sebagai anggota
20. Seseorang anggota akan hilang
kelayakannya sebagai anggota jika dalam tempoh menjadi anggota, dia —
(a)
tidak
upaya dari segi mental;
(b)
seorang
bankrap yang belum dilepaskan;
(c)
seorang
yang terhadapnya masih berkuat kuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar;
(d)
telah
dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta ini dan suatu tempoh selama satu
tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu; atau
(e)
tidak
lagi bermastautin, mempunyai hartanah
dan bekerja dalam kawasan operasi Koperasi.
Terhenti menjadi anggota
21.
(1) Keanggotaan seseorang
anggota terhenti atas sebab berikut:
(a)
mati;
(b)
menarik
diri menurut undang-undang kecil
22; atau
(c)
dibuang
menurut undang-undang kecil 23;
(2)
Lembaga
hendaklah menyingkir seseorang anggota yang —
(a)
didapati
membuat ikrar palsu menurut undang-undang kecil 14;
(b)
hilang
kelayakan sebagai anggota menurut undang-undang kecil 20;
(c)
terhenti
keanggotaannya menurut perenggan (c)
fasal (1); atau
(d)
gagal
menjelaskan syer minimum
menurut undang-undang kecil 54.
Menarik diri
22. (1) Seseorang
anggota boleh menarik diri daripada Koperasi ini dengan memberi notis bertulis 6 bulan terlebih dahulu kepada Lembaga. Atas sebab yang munasabah, Lembaga boleh
membenarkan penarikan diri dalam tempoh yang singkat.
(2) Melainkan tarikh lebih awal dipersetujui
oleh Lembaga, maka keanggotaan anggota itu hendaklah terhenti hanya pada hari
genap tempoh notisnya.
(3) Dalam tempoh notis itu, anggota yang
demikian hendaklah masih mempunyai hak, kewajipan dan liabiliti sebagai seorang
anggota.
Penggantungan
dan pembuangan anggota
23.
(1) Lembaga boleh menggantung keanggotaan seseorang
anggota jika majoriti anggota Lembaga berpuas hati bahawa anggota itu telah
bertindak mengikut suatu cara yang memudaratkan kepentingan Koperasi jika
didapati melakukan mana-mana satu daripada perkara berikut:
(a)
merujukkan
pertikaian atau aduan kepada mana-mana orang selain daripada Suruhanjaya;
(b)
membuat
kenyataan dalam akhbar atau mana-mana
media massa mengenai Koperasi ini tanpa
kebenaran Lembaga;
(c) membuat tuduhan palsu ke atas anggota
Lembaga atau anggota atau bekas anggota atau pekerja Koperasi ini;
(d) memburuk-burukkan Koperasi sehingga
mencemarkan nama baik dan menjejaskan urusan perniagaan Koperasi ini; atau
(e) bertindak di luar etika mesyuarat di dalam
mana-mana mesyuarat sehingga menjejaskan
perjalanan mesyuarat itu.
(2) Keputusan untuk menggantung keanggotaan mana-mana
anggota boleh dibuat oleh Lembaga hanya setelah anggota berkenaan itu
diberitahu secara bertulis mengenai tuduhan yang jelas terhadapnya. Anggota
berkenaan hendaklah diberi peluang untuk menyatakan sebab secara bertulis dalam
tempoh dua puluh satu hari dari tarikh surat diterima mengapa keanggotaannya
tidak boleh digantung.
(3) Tiap-tiap
kes penggantungan hendaklah dibentangkan kepada mesyuarat agung yang terawal
dan dijadikan sebagai fungsi pertama mesyuarat, dan anggota yang digantung
keanggotaannya itu hendaklah diberitahu secara bertulis tidak kurang daripada
lima belas hari sebelum diadakan mesyuarat, tentang tarikh, masa, tempat dan
haknya untuk membela diri akan dijalankan di mesyuarat itu.
(4) Keputusan
mengesahkan penggantungan dan membuang atau mengetepikan penggantungan keanggotaan
itu boleh dibuat oleh mesyuarat agung dengan undi dua pertiga daripada anggota
yang hadir —
(a) selepas mendengar penjelasan daripada anggota
berkenaan sekiranya anggota berkenaan hadir; atau
(b) selepas
menimbang fakta pertuduhan yang dibentangkan oleh Lembaga, sekiranya anggota tersebut
tidak hadir.
(5) Sehingga perkara penggantungan
keanggotaannya diputuskan oleh mesyuarat agung, anggota yang berkenaan itu
tidak mempunyai apa-apa hak dan kewajipan sebagai anggota melainkan hak
menyuarakan hal penggantungan keanggotaannya itu di dalam mesyuarat agung.
Penyelesaian wang anggota
24.
(1) Jika seseorang anggota terhenti daripada
menjadi anggota Koperasi ini menurut undang-undang kecil 21, semua wang kepunyaannya melainkan
nilai syer miliknya, setelah ditolak hutangnya dengan Koperasi ini hendaklah —
(a) sekiranya dia ditamatkan keanggotaannya,
dikembalikan kepadanya dengan segera tanpa apa-apa syarat;
(b)
sekiranya
dia hilang keupayaan dari segi mental dan tiada pentadbir atau pemegang amanah
bagi hartanya yang telah dilantik, dikembalikan kepada sesiapa yang difikirkan
wajar untuk menerima bagi pihaknya sebaik sahaja penerima itu ditentukan;
(c)
sekiranya
dia mati, dikembalikan kepada penamanya atau warisnya atau wakilnya yang sah,
menurut seksyen 24 Akta, disyaratkan bahawa bagi seseorang anggota Muslim,
pengembalian tidak boleh dibuat melainkan kepada wakilnya yang sah atau kepada
Pegawai Pentadbir Pusaka jika selepas enam bulan dari tarikh kematiannya,
wakilnya yang sah tidak dapat dipastikan atau tidak dilantik;
(d)
sekiranya
dia menarik diri, dikembalikan kepadanya selepas akhir tempoh notis; dan
(e) sekiranya dia tidak lagi bermastautin,
mempunyai hartanah dan bekerja dalam kawasan operasi Koperasi, dikembalikan
kepadanya dengan sewajarnya.
(2) Penyelesaian mengenai syer seseorang yang
terhenti keanggotaannya sebagaimana yang ditentukan dalam akaun teraudit
terakhir Koperasi ini, hendaklah tertakluk kepada peruntukan undang-undang
kecil 56 dan 57.
BAHAGIAN V
ORGANISASI DAN PENGURUSAN KOPERASI
Mesyuarat
agung
25.
(1) Tertakluk kepada peruntukan Akta,
Peraturan, arahan atau garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya dari
semasa ke semasa dan Undang-undang Kecil, kuasa tertinggi bagi Koperasi ini hendaklah
terletakhak pada mesyuarat agung, menurut seksyen 36 Akta, yang padanya
tiap-tiap anggota mempunyai hak untuk hadir dan mengundi.
(2)
Mesyuarat
agung hendaklah terbahagi kepada dua jenis iaitu mesyuarat agung tahunan dan
mesyuarat agung khas.
Mesyuarat
agung tahunan
26. Mesyuarat
agung tahunan menurut subseksyen 39(1) Akta, hendaklah diadakan tidak lewat
daripada enam bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan atau tempoh yang
lebih panjang sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya.
Mesyuarat
agung khas
27. (1) Lembaga pada bila-bila masa boleh, atau
apabila ada rekuisisi yang ditandatangani oleh sekurang-kurangnya satu perlima
atau satu ratus anggota mengikut mana yang kurang hendaklah, memanggil suatu
mesyuarat agung khas menurut subseksyen 40(1) Akta.
(2) Suruhanjaya atau mana-mana orang yang
diberi kuasa oleh Suruhanjaya menurut subseksyen 40(2) Akta, boleh memanggil
pada bila-bila masa suatu mesyuarat agung khas, mengikut cara, masa dan tempat
yang diarahkannya, dan boleh menentukan perkara yang hendaklah dibincangkan
oleh mesyuarat itu, dan mesyuarat itu hendaklah mempunyai segala kuasa dan
tertakluk kepada kaedah yang sama seperti mesyuarat agung yang dipanggil menurut Akta
atau Undang-undang Kecil ini.
Notis
mesyuarat agung
28. (1) Notis bagi sesuatu mesyuarat agung
hendaklah diberi kepada anggota dalam tempoh tidak kurang daripada lima belas
hari sebelum diadakan mesyuarat agung itu.
(2) Notis hendaklah menentukan tarikh, masa,
tempat dan fungsi mesyuarat dan bagi mesyuarat agung tahunan hendaklah
disertakan —
(a)
akaun
dan kunci kira-kira Koperasi ini dan subsidiarinya, jika ada, yang teraudit;
(b)
belanjawan
bagi tahun kewangan yang akan datang;
(c)
laporan
Lembaga;
(d)
laporan
Jawatankuasa Audit Dalaman; dan
(e)
dokumen
lain yang berkaitan.
(3) Satu salinan notis hendaklah dipamerkan
di pejabat Koperasi ini dan sebagai tambahan boleh juga diterbitkan di dalam
mana-mana akhbar tempatan.
(4) Menurut seksyen 41 Akta, Lembaga hendaklah
memberi kepada Suruhanjaya notis bertulis yang mengandungi maklumat tentang tarikh,
masa, tempat dan fungsi mesyuarat agung yang akan diadakan oleh Koperasi dalam
tempoh tidak kurang daripada tiga puluh hari sebelum diadakan mesyuarat agung
itu.
Kuorum mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat agung khas
29.
(1) Kuorum bagi sesuatu mesyuarat agung
tahunan dan mesyuarat agung khas bagi apa-apa maksud adalah seperti yang
ditetapkan di bawah Peraturan.
(2) Kuorum bagi sesuatu mesyuarat agung
tahunan dan mesyuarat agung khas kerana meminda Undang-undang Kecil ini, hendaklah dua pertiga dari jumlah
anggota, melainkan kuorum terkurang dibenarkan oleh Suruhanjaya menurut
Peraturan.
(3) Bagi sesuatu mesyuarat agung khas yang
dipanggil oleh Suruhanjaya menurut fasal (2) undang-undang kecil 27 yang
ditunda —
(a)
kuorum
hendaklah tidak kurang daripada dua kali ganda bilangan anggota Lembaga atau dua
puluh orang mana yang lebih; dan
(b) keputusan boleh dibuat dengan kelebihan
undi dua pertiga daripada anggota yang hadir dan layak mengundi menurut Akta
dan Peraturan.
Undi mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat agung khas
30. (1) Semua perbahasan kecuali yang berkaitan
dengan pindaan Undang-undang Kecil dan pembuangan anggota di bawah fasal (4) undang-undang
kecil 23 hendaklah diputuskan dengan majoriti mudah undi anggota yang hadir
sebagaimana di dalam daftar kehadiran.
(2)
Jika
undi sama banyak, maka usul yang diundi itu hendaklah disifatkan kalah. Anggota
yang berkecuali dianggap tidak menyokong usul itu.
(3) Pengerusi mesyuarat tidak mempunyai undi
pemutus.
Pembatalan dan penangguhan mesyuarat
agung tahunan
31. (1) Jika selepas tiga
puluh minit daripada waktu yang ditetapkan bagi sesuatu mesyuarat agung tahunan
itu, bilangan yang hadir masih belum mencukupi kuorum, maka mesyuarat agung
tahunan itu bolehlah dibatalkan dan hendaklah dipanggil semula oleh Lembaga
dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh mesyuarat agung yang dibatalkan dengan
membincangkan fungsi mesyuarat yang sama.
(2) Mesyuarat agung tahunan boleh
ditangguhkan dengan persetujuan mesyuarat —
(a)
dalam
tempoh tujuh hari dari tarikh mesyuarat yang asal;
(b)
di
dalam kawasan operasi Koperasi; dan
(c)
bagi
menjalankan urusan mesyuarat yang asal.
(3) Notis tidak perlu bagi mesyuarat yang
ditangguhkan itu.
Pembatalan dan tundaan mesyuarat agung khas
31A. (1) Jika
selepas tiga puluh minit daripada waktu yang ditetapkan bagi sesuatu mesyuarat
agung khas itu bilangan anggota yang hadir masih belum mencukupi kuorum, maka
mesyuarat agung itu —
(a)
dibatalkan,
jika dipanggil oleh Lembaga atau atas rekuisisi anggota; atau
(b)
ditunda,
jika dipanggil oleh Suruhanjaya menurut subseksyen 40(2) Akta.
(2)
Bagi
mesyuarat yang ditunda menurut perenggan (b)
fasal (1) —
(a)
tarikh
mesyuarat tertunda hendaklah tidak kurang daripada empat belas hari tetapi tidak
lebih daripada tiga puluh hari; dan
(b)
notis
penundaan hendaklah disampaikan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh mesyuarat
yang ditunda.
(3) Perkara yang telah dicadangkan bagi
mesyuarat agung yang ditunda hendaklah dibincangkan pada mesyuarat tertunda
itu. Jika terdapat perubahan kepada
perkara yang telah dicadangkan itu, notis baru menurut fasal (1) undang-undang
kecil 28 hendaklah diberi kepada tiap-tiap anggota bagi mesyuarat tertunda itu.
Fungsi mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat agung khas
32. (1) Fungsi mesyuarat agung tahunan hendaklah
termasuk yang berikut:
(a)
mengesahkan
minit mesyuarat agung tahunan yang terdahulu dan mana-mana mesyuarat agung khas
yang berselang;
(b)
menimbang
laporan Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman;
(c)
menimbang
dan meluluskan akaun teraudit Koperasi dan subsidiarinya, jika ada, termasuk
pembahagian keuntungan bersama dengan laporan juruaudit;
(d)
memilih
anggota Lembaga;
(e)
menimbang
dan meluluskan belanjawan tahunan bagi tahun kewangan yang akan datang;
(f)
membentangkan
laporan berkenaan dengan penerimaan deposit dan pinjaman daripada anggota dan
bukan anggota;
(g)
meluluskan
elaun kepada anggota Lembaga dan saraan kepada anggota Lembaga yang dilantik
sebagai pengarah bagi subsidiari Koperasi, jika ada;
(h)
meluluskan
pelantikan satu panel yang terdiri daripada tidak kurang daripada dua orang
juruaudit yang diluluskan oleh Suruhanjaya dan seorang pegawai Suruhanjaya
untuk mengaudit akaun Koperasi;
(i)
menimbang
dan meluluskan ruang lingkup dan had pelaburan yang dibiayai oleh wang lebihan
Koperasi;
(j)
menimbang
dan meluluskan surat cara deposit atau pinjaman;
(k)
menentukan
had maksimum keterhutangan;
(l)
melantik
suatu jawatankuasa yang terdiri daripada enam orang anggota dan empat orang
anggota Lembaga untuk menentusahkan draf minit mesyuarat agung tahunan;
(m)
mengisytihar
atau menerbitkan syer bonus, jika ada;
(n)
mendengar,
menimbang atau memutuskan apa-apa cadangan atau urusan perniagaan lain Koperasi
yang baginya suatu notis tidak kurang daripada tujuh hari telah diberikan;
(o)
menimbang
dan meluluskan apa-apa cadangan pindaan kepada Undang-undang Kecil Koperasi;
(p)
mendengar
dan memutuskan apa-apa aduan, yang baginya suatu notis yang tidak kurang
daripada tujuh hari telah diberikan kepada Koperasi ini, yang dikemukakan oleh mana-mana
anggota yang terkilan dengan keputusan Lembaga;dan
(q)
menimbang
dan meluluskan apa-apa laporan yang dikehendaki supaya dikemukakan mengikut
Peraturan, jika ada.
(2) Walau
apapun fasal (1), fungsi di dalam perenggan (g),
(h), (i), (j), (k), (l), (m), (n), (o), (p) dan (q) bolehlah diputuskan dalam mesyuarat agung khas di bawah
subseksyen 40(1) Akta.
(3) Walau
apapun fasal (1), mesyuarat agung khas yang diadakan oleh Suruhanjaya di bawah
subseksyen 40(2) Akta boleh menjalankan kesemua atau mana-mana fungsi di bawah
fasal (1).
Pengerusi mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat agung khas
33. (1) Mesyuarat hendaklah memilih mana-mana
anggota yang hadir untuk mempengerusikan mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat
agung khas.
(2) Walau apapun fasal (1) mesyuarat agung
khas yang dipanggil oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen 40(2) Akta boleh
dipengerusikan oleh mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya.
Lembaga Koperasi
34. Lembaga
Koperasi hendaklah mengandungi 9 orang
yang terdiri daripada anggota yang dipilih oleh mesyuarat agung, menurut
seksyen 42 Akta dan perenggan (d)
fasal (1) undang-undang kecil 32.
Kelayakan
menjadi anggota Lembaga
35. (1) Tiada seorang pun layak menjadi anggota
Lembaga atau kekal sebagai seorang anggota Lembaga, jika dia —
(a)
telah
disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta;
(b)
telah
dipecat sebagai seorang pegawai sesuatu Koperasi;
(c)
menjadi
anggota Jawatankuasa Audit Dalaman bagi Koperasi ini;
(d)
ada
percanggahan kepentingan dalam mana-mana aktiviti yang diusahakan oleh Koperasi
ini; atau
(e)
belum
genap tempoh dua tahun menjadi anggota Koperasi yang telah didaftarkan melebihi
dua tahun.
(2) Walau apapun fasal (5) undang-undang
kecil 18, seorang penama atau wakil yang diterima menjadi anggota yang belum
genap tempoh dua tahun dari tarikh diterima menjadi anggota tidak layak untuk
dipilih menjadi anggota Lembaga.
Tempoh memegang jawatan anggota Lembaga
36. (1) Sekurang-kurangnya satu pertiga daripada
anggota Lembaga hendaklah mengosongkan jawatan secara bergilir-gilir pada
tiap-tiap mesyuarat agung tahunan.
(2)
Aturan
yang ditetapkan menurut fasal (1) hendaklah diulangi bergilir-gilir tiap-tiap
tahun bagi dua pertiga anggota Lembaga yang selainnya supaya pada permulaan
tahun keempat atau lebih awal daripada itu, kesemua anggota Lembaga hendaklah
telah mengosongkan jawatan masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh
tiga tahun sebelum itu.
(3)
Pelantikan
seseorang anggota Lembaga yang dibuat menurut subsubperenggan 69(1)(iv)(B) Akta
tidak tertakluk kepada fasal (2).
(4) Sekiranya mesyuarat agung tahunan tidak
diadakan maka penggiliran pengosongan jawatan tetap berlaku. Pengguguran akan
berlaku pada mesyuarat agung tahunan yang terdekat diadakan.
(5) Kekosongan
jawatan anggota Lembaga hendaklah dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh
kekosongan itu diisi oleh Lembaga dengan melantik mana-mana anggota yang berkelayakan
dan perkhidmatannya hendaklah tamat sehingga mesyuarat agung tahunan akan
datang.
Lucut dan penggantungan jawatan anggota Lembaga
37.
(1) Seseorang anggota Lembaga hendaklah lucut
jawatannya dengan sendiri berkuat kuasa serta-merta jika dia —
(a) disabitkan atas kesalahan boleh daftar
atau kesalahan menurut Akta atau Peraturan;
(b)
menerima
apa-apa pelantikan tetap yang bergaji dalam Koperasi ini;
(c)
tidak
hadir di dalam mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut, melainkan dengan
sebab yang boleh diterima oleh Lembaga yang telah dimaklumkan terlebih dahulu;
atau
(d)
hilang
kelayakan sebagai anggota menurut undang-undang kecil 20.
(2)
Seseorang
anggota Lembaga hendaklah digantung dari jawatannya jika —
(a)
sesuatu
langkah perbicaraan diambil terhadap anggota Lembaga itu mengenai sesuatu
kesalahan boleh daftar atau sesuatu kesalahan menurut subseksyen 47(1) Akta;
atau
(b)
majoriti
anggota Lembaga berpuas hati bahawa anggota Lembaga itu telah bertindak dengan
cara yang memudaratkan kepentingan Koperasi ini, menurut Peraturan.
(3) Tiap-tiap
kes penggantungan menurut perenggan (b)
fasal (2), hendaklah —
(a)
didengar
oleh mesyuarat agung yang terawal diadakan selepas penggantungan itu;
(b)
anggota
itu telah diberitahu secara bertulis akan kesalahannya dalam masa tujuh hari sebelum
diadakan mesyuarat agung; dan
(c) anggota itu diberi peluang membela diri dalam mesyuarat agung itu.
(4) Anggota
Lembaga yang dikenakan tindakan penggantungan itu hendaklah —
(a) diberhentikan semua hak atau fungsi atau
tugas berkenaan dengan jawatan itu; dan
(b) diberhentikan semua saraan yang diterima
semasa memegang jawatan.
(5) Keputusan
mengesahkan pemecatan atau mengetepikan penggantungan jawatan anggota Lembaga
itu hendaklah dibuat oleh mesyuarat agung dengan undi majoriti anggota yang hadir —
(a) selepas
mendengar penjelasan daripada anggota Lembaga itu sekiranya dia hadir; atau
(b) selepas mendengar dan menimbangkan fakta
pertuduhan yang dibentangkan oleh Lembaga, sekiranya dia tidak hadir.
(6) Jika mesyuarat agung mengesahkan penggantungan
menurut fasal (5), dia hendaklah dipecat jawatannya dengan serta merta.
(7) Jika
mesyuarat agung mengetepikan penggantungannya maka semua saraan yang sepatutnya
diterima boleh dibayar kepadanya.
Penamatan pelantikan anggota Lembaga
38. (1) Walau apapun peruntukan fasal (1) undang-undang
kecil 36, mesyuarat agung mempunyai
kuasa menurut Peraturan —
(a)
untuk
menamatkan pelantikan mana-mana atau kesemua anggota Lembaga pada bila-bila
masa; dan
(b)
memilih
gantinya dengan syarat bahawa usul secara bertulis untuk menamatkan pelantikan
anggota Lembaga itu hendaklah disampaikan kepada Koperasi dalam tempoh tujuh
hari sebelum mesyuarat agung itu diadakan.
(2) Keputusan
untuk menamatkan pelantikan seseorang atau kesemua anggota Lembaga hanya boleh
dibuat selepas mesyuarat agung itu mendengar penjelasan anggota Lembaga yang
terlibat.
(3) Anggota
Lembaga yang ditamatkan pelantikannya menurut undang-undang kecil ini tidak boleh dilantik semula
sehingga mesyuarat agung tahunan yang akan datang.
Mesyuarat Lembaga
39. (1) Mesyuarat
Lembaga pertama hendaklah —
(a)
diadakan
sebaik sahaja selesai mesyuarat agung tahunan; dan
(b)
melantik
di kalangan anggota Lembaga seorang pengerusi, setiausaha dan bendahari.
(2) Mesyuarat
Lembaga yang berikutnya hendaklah diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam
tempoh 3 bulan.
(3) Mesyuarat
Lembaga hendaklah juga diadakan sekiranya —
(a)
Suruhanjaya
mengeluarkan arahan; atau
(b)
6 orang anggota Lembaga membuat
permintaan bertulis menyatakan perkara yang hendak dibincangkan.
(4)
Keputusan
mesyuarat Lembaga adalah sah walaupun —
(a)
ketidakhadiran
mana-mana anggota Lembaga;
(b)
terdapat
kecacatan yang kemudiannya diketahui dalam pelantikan atau kelayakan mana-mana anggota
Lembaga atau pembentukan Lembaga;
(c)
terdapat
peninggalan, kecacatan atau salah aturan mesyuarat; atau
(d)
kehadiran
atau penyertaan seseorang yang bukan anggota Lembaga.
(5) Lembaga
boleh mengundang mana-mana orang ke mesyuarat —
(a)
untuk
memberi nasihat berkenaan dengan apa-apa perkara yang dibincangkan;
(b)
tetapi orang
tersebut tidak boleh mengundi; dan
(c)
orang
itu boleh dibayar elaun atau perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh
Lembaga.
(6) Semasa
ketiadaan pengerusi, seorang daripada anggota Lembaga lain yang hadir boleh
dipilih untuk mempengerusikan mesyuarat.
Kuorum
mesyuarat Lembaga
40. Kuorum
mesyuarat Lembaga hendaklah melebihi satu perdua daripada bilangan anggota
Lembaga menurut undang-undang kecil 34.
Urusan mesyuarat Lembaga
41.
Urusan
mesyuarat Lembaga hendaklah termasuk yang berikut:
(a)
mengesahkan
minit mesyuarat Lembaga terdahulu;
(b)
membincangkan perkara
berbangkit;
(c)
mengkaji,
membincang, menimbang dan memutuskan di mana berkenaan, perkara berikut:
(i)
keputusan
mesyuarat agung dan menentukan tindakan;
(ii)
laporan
Jawatankuasa Audit Dalaman;
(iii)
laporan
pengurusan;
(iv)
permohonan
menjadi anggota Koperasi;
(v)
permohonan
berhenti daripada menjadi anggota; dan
(vi)
permohonan
menambah atau mengurangkan caruman syer.
(d)
membentang
dan meluluskan kedudukan kewangan bulanan;
(e)
mengkaji
dan membincangkan projek Koperasi yang sedia ada dan subsidiari, jika ada;
(f)
mengkaji,
membincang dan memutuskan cadangan projek baru Koperasi;
(g)
mengkaji,
membincang dan memutuskan —
(i)
hal-hal
perjawatan;
(ii)
program
latihan pekerja; dan
(iii)
program
pendidikan anggota.
(h)
melantik
Jawatankuasa Audit Dalaman di kalangan anggota menurut
undang-undang kecil 49; dan
(i)
menjalankan
apa-apa urusan lain dengan memberi notis tidak kurang daripada tujuh hari.
Undi
anggota Lembaga
42.
(1) Semua usul dan cadangan hendaklah
diputuskan dengan majoriti mudah undi anggota Lembaga yang hadir.
(2) Jika bilangan undi sama banyak, maka usul
atau cadangan yang diundi itu tidak diterima.
(3) Seseorang anggota Lembaga yang ada
percanggahan kepentingan dalam perkara yang akan dipertimbangkan oleh mesyuarat
hendaklah mengisytiharkan sepenuhnya kepada Lembaga mengenai penglibatan atau
percanggahan kepentingannya dalam perkara itu dan tidak mengundi atau terlibat
dalam perbincangan mengenai perkara itu.
Buku minit mesyuarat Lembaga
43. (1) Segala
keputusan mesyuarat Lembaga hendaklah —
(a)
diminitkan
dalam tempoh tujuh hari;
(b)
ditandatangani
oleh setiausaha mesyuarat itu; dan
(c)
diedarkan
kepada anggota Lembaga dalam tempoh empat belas hari.
(2) Minit yang telah disahkan dalam mesyuarat
berikutnya hendaklah ditandatangani oleh pengerusi mesyuarat tersebut.
(3) Minit bagi
sesuatu mesyuarat Lembaga hendaklah diserahkan —
(a)
kepada
Suruhanjaya menurut perenggan 14(1)(c) Akta;
dan
(b)
dalam
tempoh tiga puluh hari selepas tarikh mesyuarat itu.
Kuasa dan kewajipan Lembaga
44. (1) Lembaga bertanggungjawab memastikan
pentadbiran dan pengurusan Koperasi dikendalikan dengan teratur, menurut
subseksyen 44(1) Akta.
(2) Bagi
melaksanakan tanggungjawab menurut fasal (1), Lembaga hendaklah mempunyai kuasa
dan kewajipan yang berikut:
(a) melantik seorang pengerusi, setiausaha dan bendahari di
kalangan anggotanya di dalam mesyuarat Lembaga yang diadakan menurut perenggan (b) fasal (1) undang-undang kecil 39;
(b) mengemukakan suatu senarai anggota
Lembaga yang mengandungi butiran berikut:
(i)
nama;
(ii)
alamat
kediaman;
(iii)
nombor
kad pengenalan;
(iv)
tarikh
keanggotaan;
(v)
pekerjaan;
dan
(vi)
jawatan
dalam Koperasi,
dalam tempoh lima belas
hari selepas mesyuarat agung tahunannya kepada Suruhanjaya menurut perenggan
14(1)(a) Akta. Apa-apa perubahan mengenai
butiran berkenaan hendaklah dimaklumkan kepada Suruhanjaya secara bertulis
dalam tempoh lima belas hari dari tarikh berlakunya perubahan tersebut;
(c)
menimbang
dan menerima permohonan keanggotaan;
(d)
meluluskan
dan mengesahkan pemindahan dan penebusan syer anggota;
(e)
melantik
—
(i) seorang pegawai yang bergaji tetap;
atau
(ii) sebuah firma,
bagi menjalankan mana-mana daripada tugas setiausaha, jika
perlu, dengan syarat pegawai yang dilantik itu tidak boleh menjadi anggota
Lembaga;
(f)
menyenggara
akaun bagi wang yang diterima dan yang dibelanjakan atas nama Koperasi dengan
benar dan betul;
(g)
menyenggara
akaun bagi harta dan liabiliti Koperasi dengan benar dan betul;
(h)
membenarkan
perbelanjaan, menyemak dan mengawasi semua akaun, buku, rekod serta dokumen
Koperasi yang disenggara, diuruskan dengan sempurna dan kemaskini;
(i)
membentangkan
kepada mesyuarat agung tahunan —
(i)
akaun
perdagangan;
(ii)
akaun
untung rugi;
(iii)
apa-apa
penyata sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya;
(iv)
kunci
kira-kira;
(v)
laporan
Lembaga menurut subseksyen 59(3) Akta;
(vi)
laporan
juruaudit; dan
(vii)
pandangan
Suruhanjaya mengenai akaun dan kunci kira-kira, jika ada,
bagi Koperasi dan
subsidiari;
(j)
membuat
perakuan pembahagian keuntungan bersih dan pengisytiharan syer bonus Koperasi,
jika ada kepada mesyuarat agung tahunan;
(k)
mengambil
tindakan sewajarnya ke atas penyata dan surat arahan Suruhanjaya atau wakilnya;
(l)
membentang
laporan Jawatankuasa Audit Dalaman dalam mesyuarat agung tahunan;
(m)
memenuhkan
jawatan kosong yang berlaku di dalam Lembaga, menggantung keanggotaan anggota
dan anggota Lembaga serta menyingkirkan keanggotaan menurut fasal (2) undang-undang
kecil 21 dan melucutkan jawatan anggota Lembaga;
(n)
memanggil
mesyuarat agung menurut Undang-undang Kecil;
(o)
membuat
perjanjian bagi mendapatkan pinjaman tertakluk kepada kelulusan mesyuarat
agung;
(p)
melantik
pekerja termasuk pengurus dengan mengeluarkan surat rasmi yang mengandungi
terma dan syarat perkhidmatan;
(q)
bertindak
atas nama dan bagi pihak Koperasi atau melantik seseorang wakil bagi
menyelesaikan segala pertikaian Koperasi atau menjalankan dan memberhentikan
mana-mana tindakan mahkamah;
(r)
melabur
wang berlebihan menurut keputusan mesyuarat agung dan tertakluk kepada
peruntukan Akta dan Peraturan;
(s)
mengkaji
dan merancang projek yang memberi manfaat kepada anggota dan Koperasi dengan
melaksanakan projek mengikut keputusan mesyuarat agung;
(t)
melaksanakan
projek dan memberi peluang kepada anggota untuk —
(i)
mengambil
bahagian dalam pelaksanaan projek; atau
(ii)
menyumbangkan
modal tambahan atau simpanan khas sebagaimana yang dipersetujui;
(u)
memasuki
perjanjian bagi pihak Koperasi dan dimeterai dengan mohor Koperasi serta
ditandatangani oleh pengerusi, setiausaha dan bendahari atau orang lain yang
diberi kuasa oleh Lembaga;
(v)
melantik
wakil di kalangan anggotanya untuk menghadiri mesyuarat mana-mana koperasi yang
dianggotainya;
(w)
menubuhkan
jawatankuasa, jika perlu, bagi menjalankan aktiviti Koperasi dengan sempurnanya
dan mewakilkan kuasa kepadanya dari semasa ke semasa mengikut keputusan
Lembaga;
(x)
membuat
aturan aktiviti dari semasa ke semasa bagi pelaksanaan aktiviti Koperasi dengan kelulusan mesyuarat
agung dan mengemukakan satu salinannya dalam tempoh tiga puluh hari kepada
Suruhanjaya menurut fasal (3) undang-undang kecil 9;
(y)
mencadangkan
belanjawan termasuk elaun kepada anggota Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman
untuk dibentangkan di mesyuarat agung tahunan Koperasi;
(z)
mencadangkan
saraan kepada anggota Lembaga yang dilantik sebagai pengarah bagi subsidiari
Koperasi untuk dibentangkan di mesyuarat agung tahunan Koperasi;
(aa) mengawasi kecekapan, tatatertib dan daya
usaha semua pegawai dan pekerja Koperasi dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab
mereka;
(bb) memastikan kerahsiaan maklumat perniagaan Koperasi
dan anggotanya terpelihara; dan
(cc) melaksanakan tugas lain sebagaimana yang
ditentukan oleh Akta, Peraturan, perintah, garis panduan, arahan Suruhanjaya, Undang-undang
Kecil dan mesyuarat agung dari semasa ke semasa.
(3) Seseorang anggota Lembaga yang memegang
suatu jawatan atau memiliki sesuatu harta atau kepentingannya berkaitan
perniagaan dengan Koperasi yang, sama ada secara langsung atau tidak langsung,
suatu kewajipan atau suatu kepentingan yang mungkin wujud, yang bercanggah
dengan kewajipan atau kepentingannya sebagai anggota Lembaga Koperasi ini
hendaklah mengisytiharkan di dalam mesyuarat Lembaga pertama yang diadakan
selepas:
(a) pelantikannya, atau
(b) dia memiliki harta atau perniagaan tersebut,
mengenai hakikat jenis dan takat percanggahan yang
mungkin berbangkit.
Liabiliti anggota Lembaga
45. Lembaga
hendaklah berhemat dan bertekun seperti ahli perniagaan yang biasa dan
hendaklah bertanggungan secara bersama dan berasingan bagi apa-apa kerugian
yang ditanggung oleh Koperasi atas sebab kegagalan mereka berhemat dan bertekun
sedemikian atau oleh sebab apa-apa perbuatan yang bertentangan dengan peruntukan Akta, Peraturan, perintah atau Undang-undang
Kecil ini serta aturan aktiviti yang dibuat di bawahnya atau arahan mesyuarat
agungnya.
Tugas pengerusi
46.
(1) Pengerusi hendaklah menjalankan tugas
seperti berikut:
(a)
mempengerusikan
semua mesyuarat Lembaga;
(b)
mengawasi
segala wang, harta dan perniagaan Koperasi dikendalikan mengikut dasar yang
ditetapkan oleh Lembaga;
(c)
menandatangani
minit mesyuarat yang disahkan;
(d)
memperakui
cabutan dan salinan dari rekod Koperasi, menurut Peraturan, bersama setiausaha
melalui satu akuan yang bertarikh dan ditandatangani;
(e)
memanggil
sendiri atau melalui setiausaha, mesyuarat Lembaga, bila perlu;
(f)
mengarahkan
Jawatankuasa Audit Dalaman supaya memeriksa buku, rekod dan dokumen Koperasi
pada bila-bila masa dan melaporkan kepada Lembaga;
(g)
menandatangani
permohonan pendaftaran kepada pindaan Undang-undang Kecil dan dokumen lain yang
berkaitan bersama dua anggota Lembaga; dan
(h)
menyelia
secara am pentadbiran, hal-ehwal dan pekerja Koperasi.
(2) Tugas
pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1) boleh diamanahkan kepada
mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.
Tugas setiausaha
47. (1) Setiausaha hendaklah menjalankan tugas
seperti berikut:
(a)
memanggil
dan menghadiri mesyuarat agung, mesyuarat Lembaga dan mesyuarat jawatankuasa
dan menyampaikan segala laporan dan dokumen untuk pertimbangan mesyuarat-mesyuarat
itu;
(b)
merekodkan
perjalanan dan keputusan sesuatu mesyuarat;
(c)
menyenggara
dan mengemaskini semua daftar anggota, daftar penama, buku dan laporan yang
dikehendaki oleh Lembaga;
(d)
menguruskan
surat-menyurat sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga;
(e)
mengesahkan
bersama pengerusi salinan segala perkara yang bertulis di dalam buku Koperasi;
(f)
menyimpan
dan menjaga dengan selamatnya mohor Koperasi; dan
(g)
menjalankan
tugas lain yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
(2) Mana-mana
tugas setiausaha boleh diamanahkan kepada pengurus atau pekerja tertakluk
kepada persetujuan Lembaga.
Tugas
bendahari
48. (1) Bendahari hendaklah menjalankan tugas
seperti berikut:
(a)
mengendalikan
segala wang, harta dan perniagaan Koperasi mengikut dasar yang ditetapkan oleh
Lembaga;
(b)
menerima
dan menjaga semua wang yang diterima oleh Koperasi dan membuat pembayaran
mengikut arahan Lembaga;
(c)
menyimpan
ke dalam bank atas nama Koperasi semua wang yang diterima dalam tempoh dua
puluh empat jam hari bekerja daripada penerimaannya;
(d)
mengeluarkan
resit, menyediakan baucar dan surat lain mengikut arahan Lembaga;
(e)
menyimpan
dalam Akaun Wang Runcit, wang sebanyak yang diluluskan oleh Lembaga untuk
memenuhi perbelanjaan runcit dan perbelanjaan yang dibuat daripada akaun ini
boleh diganti seberapa kerap yang perlu;
(f)
menyenggara
dan menyimpan akaun Koperasi dengan sempurna dan kemaskini supaya dapat
diperiksa pada bila-bila masa oleh pihak berkuasa yang berkenaan;
(g)
menyediakan
akaun tahunan dan laporan tahunan Koperasi untuk dibentangkan dalam mesyuarat
Lembaga;
(h)
menyediakan
belanjawan tahunan Koperasi dalam bentuk yang menunjukkan dengan jelas segala
butiran pendapatan dan perbelanjaan untuk ditimbang oleh Lembaga sebelum
dibentangkan dalam mesyuarat agung tahunan; dan
(i)
menyediakan
penyata pendapatan dan perbelanjaan Koperasi yang benar dengan secara
dibutirkan satu persatu bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang dikehendaki oleh
Lembaga untuk dibandingkan dengan belanjawan bagi tempoh berkenaan yang telah
diluluskan oleh mesyuarat agung.
(2) Mana-mana tugas bendahari boleh diamanahkan
kepada pengurus atau pekerja tertakluk kepada persetujuan Lembaga.
Jawatankuasa Audit Dalaman
49. Menurut
subseksyen 42A(1) Akta, Jawatankuasa Audit Dalaman Koperasi hendaklah
mengandungi tiga orang, terdiri daripada anggota yang dilantik oleh Lembaga,
menurut perenggan (h) undang-undang
kecil 41.
Kelayakan menjadi Jawatankuasa Audit Dalaman
50. Tiada seorang
pun layak menjadi Jawatankuasa Audit Dalaman atau kekal sebagai seorang
Jawatankuasa Audit Dalaman jika dia —
(a)
telah
disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta;
(b)
telah
dipecat sebagai seorang pegawai sesuatu koperasi;
(c)
menjadi
anggota Lembaga Koperasi ini; atau
(d)
menerima
apa-apa pelantikan tetap yang bergaji dalam Koperasi ini.
Tempoh memegang jawatan Jawatankuasa Audit Dalaman
51. (1) Tempoh
perkhidmatan semua anggota Jawatankuasa Audit Dalaman ini adalah satu tahun atau
sehingga mesyuarat agung tahunan akan datang, mana yang terdahulu. Perkhidmatan
mereka boleh disambung semula setelah diputuskan oleh mesyuarat Lembaga.
(2) Kekosongan dalam Jawatankuasa Audit
Dalaman hendaklah diisi oleh Lembaga dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh
pengosongan jawatan dengan melantik mana-mana anggota yang layak.
Penamatan Jawatankuasa Audit Dalaman
51A. Seseorang atau kesemua Jawatankuasa Audit Dalaman boleh ditamatkan jawatannya oleh
Lembaga jika dia —
(a) gagal
berfungsi menurut fasal (2) dan fasal (4) perenggan (b) dan (c) undang-undang kecil 52;
(b) gagal
memastikan kerahsiaan maklumat perniagaan koperasi dan anggotanya terpelihara;
(c) menggunakan
maklumat Koperasi untuk kepentingan peribadi; atau
(d) melakukan
perkara yang memudaratkan kepentingan Koperasi.
Kuasa dan kewajipan Jawatankuasa Audit Dalaman
52. (1) Jawatankuasa Audit Dalaman hendaklah
mempunyai kuasa —
(a) memeriksa segala rekod perakaunan dan
rekod lain yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan Koperasi
dan subsidiarinya, jika ada;
(b) memanggil mana-mana orang yang
dikehendakinya supaya mengemukakan atau menyerahkan apa-apa maklumat atau buku,
akaun dan dokumen yang berkaitan,
bagi memastikan hal-ehwal dan perniagaan Koperasi
dijalankan mengikut matlamat penubuhan, Akta, Peraturan, garis panduan, Undang-undang
Kecil, mana-mana undang-undang bertulis lain dan keputusan mesyuarat agung
serta mesyuarat Lembaga.
(2) Jawatankuasa
Audit Dalaman hendaklah menjalankan tugas seperti berikut:
(a)
memastikan
adanya kuasa dan kesahan bagi segala perbelanjaan;
(b)
memeriksa
akaun Koperasi pada lat-lat masa yang tetap dan tidak boleh kurang daripada
sekali dalam tempoh tiga bulan;
(c)
memberitahu
Lembaga apa-apa ketakselarasan yang berlaku dalam pengurusan Koperasi dengan
serta-merta; dan
(d)
mengemukakan
kepada Lembaga laporan mengenai pengurusan dan hal-ehwal Koperasi termasuk
pelanggaran terhadap Akta, Peraturan atau Undang-undang Kecil.
(3) Jawatankuasa
Audit Dalaman, tertakluk kepada kelulusan Lembaga dibayar upah, tetapi amaun
upah itu tidak boleh melebihi jumlah wang ditetapkan oleh mesyuarat agung.
(4) Jawatankuasa Audit Dalaman hendaklah —
(a)
melantik
di kalangan mereka seorang ketua;
(b)
bersidang
tidak kurang daripada empat kali setahun; dan
(c)
mengemukakan
laporan bertulis kepada Lembaga dan Suruhanjaya sekurang-kurangnya empat kali
setahun.
BAHAGIAN VI
HARTA DAN WANG KOPERASI
Wang dan kumpulan wang Koperasi
53.
(1) Wang dan kumpulan wang Koperasi boleh
mengandungi —
(a)
fi
masuk dan syer anggota;
(b)
simpanan
khas daripada anggota;
(c)
pinjaman
atau deposit daripada anggota dan bukan anggota;
(d)
Kumpulan
Wang Rizab Statutori;
(e)
Akaun
Rizab Modal;
(f)
Kumpulan
Wang Penebusan Syer;
(g)
derma
dan pemberian tertentu;
(h)
baki
keuntungan terkumpul; dan
(i)
kumpulan
wang lain yang diluluskan oleh mesyuarat agung.
(2) Kumpulan wang Koperasi selain daripada
Kumpulan Wang Rizab Statutori boleh digunakan bagi melaksanakan aktiviti
menurut fasal (1) undang-undang kecil 9.
Modal
syer
54. (1)
Menurut perenggan 50(b) Akta, setiap
anggota hendaklah melanggan RM 100.00 (Ringgit: Satu Ratus) syer
sebagai sumbangan minimum yang hendaklah dijelaskan dalam tempoh yang
dinyatakan menurut fasal (2). Syer minimum
ini tidak boleh dikeluarkan kecuali selepas keanggotaan anggota itu tamat.
(2) Tempoh menjelaskan syer minimum menurut
fasal (1) adalah sebagaimana berikut:
(a)
seseorang
yang turut sama dalam permohonan pendaftaran Koperasi ini atau yang telah menandatangani
minit mesyuarat agung permulaan Koperasi hendaklah menjelaskan syernya dalam
tempoh tiga bulan dari tarikh perakuan pendaftaran diterima oleh Koperasi; dan
(b)
seseorang
yang diterima menjadi anggota menurut undang-undang kecil 15 hendaklah menjelaskan
syernya dalam tempoh tiga bulan dari tarikh penerimaannya sebagai anggota.
Simpanan khas, deposit atau pinjaman
55.
(1) Koperasi boleh menerima daripada anggotanya —
(a)
simpanan
khas seperti yang ditetapkan dalam aturannya dan wang ini boleh dikeluarkan
dari semasa ke semasa; atau
(b)
deposit
dan pinjaman.
(2) Koperasi
boleh, dengan kelulusan Suruhanjaya, menerima deposit atau pinjaman daripada bukan anggota Koperasi.
(3)
Fasal
(2) tidak terpakai kepada deposit atau
pinjaman yang diberikan oleh kerajaan.
(4)
Pada
setiap mesyuarat agung tahunan, Koperasi hendaklah —
(a)
memberitahu
anggotanya mengenai pinjaman daripada anggota menurut subseksyen 52(3) Akta;
dan
(b)
menetapkan
had maksimum keterhutangan yang sedia ada dan yang baru akan ditanggung dalam
tahun akan datang.
Pindahan syer
56. (1) Seseorang
anggota boleh memindahkan syernya yang melebihi sumbangan minimum menurut fasal
(1) undang-undang kecil 54 kepada anggota lain dengan menandatangani borang
pemindahan syer.
(2) Pindahan syer tersebut hanya akan berkuat
kuasa setelah didaftarkan oleh Koperasi.
(3) Syer seseorang anggota yang mati boleh
dipindahkan kepada penama. Bagi anggota Muslim, pemindahan tersebut hendaklah
menurut fasal (1) undang-undang kecil 18.
(4) Pemindahan syer tersebut hendaklah dibuat
dalam tempoh enam bulan selepas kematian anggota itu.
Penyelesaian modal syer
57. (1) Jika pemindahan
syer tidak dapat dibuat menurut undang-undang kecil 56, bagi seseorang anggota
yang tamat keanggotaannya oleh apa-apa sebab jua pun, maka syernya yang
diperihalkan di dalam undang-undang kecil itu boleh dikeluarkan tertakluk
kepada fasal (2).
(2) Syer boleh ditebus dari Kumpulan Wang
Penebusan Syer dan Kumpulan Wang Rizab Statutori tertakluk kepada Peraturan. Nilai tebusan syer ini hendaklah mengikut
sebagaimana yang ditunjukkan dalam akaun teraudit terakhir bagi Koperasi akan
tetapi tidak boleh melebihi nilai asalnya.
(3) Syer yang ditebus menurut fasal (2) boleh
jika diluluskan oleh mesyuarat agung, diterbitkan semula sebagai syer bonus.
Keuntungan modal
58. (1) Menurut
subseksyen 55(1) Akta, semua keuntungan modal yang diperolehi daripada perkara berikut hendaklah dikreditkan
ke Akaun Rizab Modal —
(a)
penjualan
tanah atau bangunan, atau kedua-duanya sebagai harta tetap; dan
(b)
penilaian
semula tanah atau bangunan, atau kedua-duanya, sebagai harta tetap, dengan
kelulusan Suruhanjaya.
(2)
Keuntungan
modal menurut perenggan (a) fasal (1)
boleh, jika diluluskan oleh mesyuarat agung, digunakan bagi semua atau
mana-mana maksud yang berikut:
(a)
penerbitan
syer bonus;
(b)
penghapusan
kira kerugian terkumpul;
(c)
penghapusan
kira kerugian modal; dan
(d)
pewujudan
suatu Kumpulan Wang Penebusan Syer Bonus.
(3) Syer bonus boleh diterbitkan menurut Peraturan
berasaskan kepada —
(a) jumlah syer yang dipegang oleh tiap-tiap
anggota; atau
(b) penerbitan semula daripada syer bonus
yang ditebus,
dengan syarat:
(i)
syer menurut
perenggan (a) dan (b), dipegang dalam tempoh masa dua
belas bulan sebelum tarikh pengisytiharan syer bonus;
(ii)
nama
anggota yang akan menerima syer itu ada dalam daftar Koperasi pada tarikh
pengisytiharan syer bonus itu;
(iii)
semua
kerugian terkumpul dan semasa telah dihapuskira; dan
(iv)
buku
dan rekod Koperasi telah disenggara dengan memuaskan menurut pendapat
Suruhanjaya.
(4) Syer bonus yang diterbitkan daripada
keuntungan modal menurut perenggan (b)
fasal (1) boleh dengan kelulusan Lembaga —
(a)
dipindahkan
kepada anggota lain Koperasi ini; atau
(b)
dikeluarkan
dalam hal anggota yang mati.
(5) Pemindahan atau pengeluaran menurut fasal
(4) dibayar daripada Kumpulan Wang Penebusan Syer Bonus Koperasi.
Kumpulan Wang Rizab Statutori
59. (1) Menurut
subseksyen 57(1) Akta, Koperasi ini hendaklah menyenggarakan satu Kumpulan Wang
Rizab Statutori.
(2) Koperasi hendaklah memindahkan suatu
jumlah wang ke Kumpulan Wang Rizab Statutori berdasarkan jadual di bawah:
Jumlah Terkumpul
Kumpulan Wang Rizab Statutori
|
Jumlah Pindahan
|
Kurang daripada 50% daripada syer
|
Tidak kurang 25% daripada untung bersih teraudit
|
50% tetapi kurang daripada 100% daripada syer
|
Tidak kurang 15% daripada untung bersih teraudit
|
(3) Kumpulan Wang Rizab Statutori tidak boleh
dibahagi dan tidak seorang pun anggota berhak untuk menuntut suatu bahagian
tertentu daripadanya.
(4) Koperasi boleh membuat pembayaran balik
syer daripada Kumpulan Wang Rizab Statutori, dan pada setiap masa baki dalam
kumpulan wang tersebut hendaklah tidak kurang daripada lima belas peratus
daripada jumlah syer Koperasi berkenaan.
Simpanan khas
60. Menurut perenggan 50(d) Akta, Koperasi boleh menerima simpanan khas daripada anggota tertakluk
kepada terma dan syarat yang dibuat menurut fasal (4) undang-undang kecil 9 dan
wang ini boleh dikeluarkan dari semasa ke semasa.
Pinjaman luar dan deposit
61. (1) Tertakluk kepada subseksyen 52(2), seksyen
52A Akta dan Peraturan, Koperasi boleh menerima deposit atau
meminjam wang daripada anggotanya dan dengan kelulusan Suruhanjaya, daripada
bukan anggota Koperasi.
(2) Peruntukan fasal (1) tidak terpakai kepada
deposit atau pinjaman yang diberikan oleh kerajaan.
(3) Pada setiap mesyuarat agung tahunan, Koperasi hendaklah —
(a) memberitahu anggotanya mengenai deposit
atau pinjaman, menurut subseksyen 52(3) Akta; dan
(b) menetapkan had maksimum keterhutangan
yang sedia ada dan yang baru akan ditanggung dalam tahun akan datang.
Pelaburan
wang
62. (1) Wang berlebihan Koperasi boleh dilabur
tertakluk kepada peruntukan seksyen 54 Akta dan Peraturan.
(2) Had maksimum yang boleh dilaburkan oleh
Koperasi bagi sesuatu maksud hendaklah ditentukan oleh mesyuarat agung.
Pemberian
pinjaman oleh Koperasi
63.
Menurut
seksyen 51 Akta, Koperasi boleh memberi apa-apa pembiayaan Islam atau kemudahan
kredit lain kepada —
(a)
pekerjanya,
termasuk ketua pegawai eksekutif tertakluk kepada terma dan syarat perkhidmatan
mereka; atau
(b)
subsidiarinya
atau koperasi lain, tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya.
Pengagihan untung bersih teraudit
64. (1) Keuntungan bersih teraudit Koperasi
seperti yang ditunjukkan dalam akaun untung rugi menurut seksyen 56 Akta,
hendaklah diagihkan, tertakluk kepada seksyen 57 Akta, seperti berikut:
(a) sebanyak mana yang ditentukan menurut
fasal (2) undang-undang kecil 59 dipindahkan kepada Kumpulan Wang Rizab
Statutori; dan
(b) sebanyak mana yang ditentukan dari semasa
ke semasa oleh Suruhanjaya dibayar kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan
Koperasi dan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi.
Disyaratkan bahawa menurut subseksyen 57(4) Akta, boleh
ditolak apa-apa bayaran yang dibuat menurut perenggan (b) fasal (1) daripada jumlah wang menurut perenggan (a) fasal (1).
(2) Selepas
pengagihan dan pembayaran menurut fasal (1), dan peruntukan cukai pendapatan,
jika ada, baki untung bersih teraudit, boleh digunakan bagi semua atau
mana-mana maksud yang berikut:
(a)
pembayaran
potongan langganan;
(b)
pembayaran
dividen atas syer anggota sebagaimana yang ditentukan oleh arahan atau garis
panduan;
(c)
pembayaran
honorarium kepada anggota Lembaga yang tidak boleh, bagaimanapun, melebihi
jumlah wang yang disyorkan oleh mesyuarat agung tahunan dan diluluskan oleh
Suruhanjaya; atau
(d)
pemindahan
kepada pelbagai kumpulan wang untuk kebajikan anggotanya dan masyarakat.
(3) Pembayaran dividen daripada mana-mana
sumber selain untung bersih teraudit bagi tahun kewangan itu tidak boleh dibuat
kecuali dengan mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Suruhanjaya,
yang tidak boleh dalam mana-mana hal melebihi apa-apa kadar maksimum sebagaimana
yang ditentukan dalam arahan atau garis panduan.
(4) Menurut subseksyen 57(7) Akta, bayaran
kepada perkara menurut perenggan (b)
fasal (1), fasal (2) dan (3), boleh dibuat hanya jika semua kerugian terkumpul
telah dihapuskira sepenuhnya.
(5) Dengan
kelulusan Suruhanjaya, Koperasi boleh, sekiranya kerugian terkumpul tidak
dihapuskira sepenuhnya, menggunakan untung bersih terauditnya untuk pembayaran
dividen kepada anggotanya yang tidak boleh melebihi lima peratus daripada
jumlah syer anggota, menurut subseksyen 57(8) Akta.
Dividen dan potongan
langganan
65. (1) Kadar dividen yang dibayar atas syer
kepunyaan seseorang anggota pada enam bulan sebelum akhir tahun kewangan
menurut Peraturan, hendaklah tidak melebihi sepuluh peratus kecuali dengan
kelulusan Suruhanjaya. Seseorang yang namanya tidak ada di dalam daftar nama
anggota Koperasi pada tarikh akhir tahun kewangan yang berkenaan tidak layak menerima
dividen.
(2) Dividen
hendaklah dikreditkan ke akaun modal syer anggota sekiranya anggota itu tidak
meminta dibayar kepadanya secara tunai dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh
dividen itu diisytiharkan.
(3) Potongan
langganan boleh diberi hanya jika langganan seseorang anggota tidak kurang
daripada RM 1000.00 (Ringgit: Satu Ribu)
dalam tahun kewangan yang berkenaan.
BAHAGIAN
VII
AKAUN
DAN AUDIT
Tahun kewangan
66. Tahun
kewangan Koperasi ini bermula pada satu haribulan Januari dan berakhir pada 31 haribulan Disember setiap tahun.
Penyenggaraan akaun
67. (1) Menurut seksyen 58 Akta, Lembaga
hendaklah menyenggara dengan sempurna dan kemaskini rekod perakaunan dan rekod
lain mengenai tiap-tiap transaksi dan kedudukan kewangan Koperasi dan
subsidiarinya, jika ada, yang berkaitan dengan —
(a)
harta tetap, pelaburan dan deposit;
(b)
syer
serta simpanan khas yang dicarum oleh anggota; dan
(c)
aktiviti
yang dijalankan.
(2) Catatan
dalam rekod perakaunan dan rekod lain menurut fasal (1) hendaklah dibuat dengan
seberapa segera tetapi tidak lewat daripada tiga puluh hari dari selesai
sesuatu transaksi, menurut subseksyen 58(2) Akta.
(3) Penyediaan
akaun iaitu akaun perdagangan, untung rugi dan kunci kira-kira hendaklah dibuat
dengan seberapa segera tetapi tidak lewat daripada dua bulan selepas tamatnya
tahun kewangan supaya dapat diaudit.
(4) Akaun
menurut fasal (3) yang telah diaudit hendaklah dibentangkan di dalam mesyuarat
agung tidak lewat daripada enam bulan selepas tamatnya tahun kewangan itu.
(5) Rekod
perakaunan menurut fasal (1) hendaklah disimpan —
(a)
di pejabat
berdaftar Koperasi pada sepanjang masa atau di mana-mana tempat lain yang
difikirkan patut oleh Lembaga, menurut subseksyen 58(4) Akta; dan
(b)
selama
enam tahun selepas diaudit menurut Peraturan.
(6) Rekod ini boleh diperiksa oleh anggota
pada bila-bila masa mengikut syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.
(7) Lembaga
boleh melantik mana-mana individu atau firma untuk mengemaskinikan rekod
perakaunan bagi memastikan rekod tersebut dapat diaudit dalam tempoh yang
ditetapkan.
(8) Suruhanjaya
boleh, menurut subseksyen 58(5) Akta, dalam kes tertentu memerintahkan supaya
rekod perakaunan Koperasi diserahkan untuk diperiksa oleh seseorang juruaudit
yang bertindak bagi pihak seseorang anggota atau pegawai.
(9) Suatu
senarai terperinci butiran perbelanjaan Lembaga dan bayaran kepada atau bagi
pihak anggota individu Lembaga dan jawatankuasa hendaklah dimasukkan dalam nota
kepada akaun untung rugi Koperasi, menurut Peraturan.
Resit dan baucar
68. (1) Resit Koperasi hendaklah dikeluarkan bagi
semua wang atau penerimaan lain seperti cek dan wang pos yang diterima. Resit itu hendaklah ditandatangani oleh bendahari atau pegawai
yang diberi kuasa oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
(2) Baucar hendaklah disediakan bagi setiap
pembayaran yang dibuat oleh Koperasi. Baucar tersebut hendaklah ditandatangani
atau diluluskan oleh bendahari atau pengurus serta disahkan oleh pegawai yang
diberi kuasa oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
Pelantikan
dan kewajipan juruaudit
69. (1) Lembaga hendaklah melantik seorang
juruaudit bagi mengaudit akaun Koperasi, menurut subseksyen 60(1) Akta.
(2) Juruaudit yang dilantik menurut fasal (1)
hendaklah dipilih oleh mesyuarat Lembaga daripada panel yang diluluskan oleh
mesyuarat agung dan mengemukakan satu salinan surat cara pelantikan kepada
Suruhanjaya, menurut Peraturan.
(3) Juruaudit
berkewajipan untuk mengaudit akaun dan rekod Koperasi dan hendaklah memberi
laporan mengenai penyata kewangan yang dikemukakan oleh Koperasi selepas
berakhirnya tahun kewangan itu untuk perhatian Suruhanjaya serta anggota
Koperasi, menurut seksyen 63 Akta.
Penyerahan
buku dan dokumen untuk diaudit
70.
Menurut
Peraturan, suatu senarai buku dan dokumen Koperasi hendaklah disediakan oleh
Koperasi dan diserahkan kepada juruaudit untuk ditandatangani sebagai pengakuan
penerimaannya. Sesalinan senarai itu hendaklah disimpan oleh Koperasi.
Mengemukakan penyata kewangan dan laporan kepada anggota
71. Satu salinan
penyata berikut hendaklah disampaikan kepada tiap-tiap anggota tidak lewat
daripada lima belas hari sebelum
mesyuarat agung tahunan —
(a)
akaun perdagangan;
(b)
akaun
untung rugi;
(c)
apa-apa
penyata sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya;
(d)
kunci
kira-kira dan laporan Lembaga mengenai kedudukan hal-ehwal Koperasi dan
subsidiari yang telah dikemukakan untuk mendapat pandangan Suruhanjaya, menurut
subseksyen 59(2) Akta;
(e)
laporan
juruaudit; dan
(f)
laporan
Jawatankuasa Audit Dalaman.
BAHAGIAN VIII
PELBAGAI
Akaun bank
72. Akaun bank
bagi Koperasi hendaklah diuruskan oleh mana-mana orang iaitu pengerusi atau
setiausaha dan bendahari atau dua orang pegawai lain yang diberi kuasa oleh
Lembaga dari semasa ke semasa.
Mohor Koperasi
73. (1) Koperasi hendaklah mempunyai satu mohor. Mohor ini tidak boleh dimeteraikan di atas mana-mana
surat melainkan dengan keputusan Lembaga. Pengerusi, setiausaha dan bendahari
atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh Lembaga dikehendaki menurunkan
tandatangan mereka di atas tiap-tiap surat yang hendak dimeteraikan.
(2) Dokumen
yang diperbuat atas nama Koperasi sama ada dimeteraikan atau tidak, dan
ditandatangani dengan sahnya oleh pengerusi, setiausaha dan bendahari atau
pegawai lain yang diberi kuasa oleh Lembaga hendaklah disifatkan mengikat ke
atas Koperasi sehingga sebaliknya dibuktikan.
Pertukaran alamat anggota
74. Tiap-tiap
anggota hendaklah memberitahu setiausaha akan pertukaran alamatnya dalam tempoh
tiga puluh hari. Semua surat kepada anggota yang dihantar dengan pos atau
dikirimkan kepada alamatnya yang terakhir hendaklah dianggap sebagai telah
disampaikan.
Penyediaan dokumen untuk diperiksa
75. (1) Menurut
seksyen 13 Akta, Koperasi hendaklah menyediakan perkara berikut yang terbuka
untuk diperiksa oleh anggota Koperasi sahaja tanpa apa-apa bayaran, pada
masa-masa yang munasabah di alamat berdaftar Koperasi —
(a)
suatu
salinan Akta dan Peraturan atau perintah, arahan atau garis panduan;
(b)
suatu
salinan Undang-undang Kecil dan akaun teraudit yang terakhir;
(c)
suatu
senarai anggota;
(d)
suatu
senarai anggota Lembaga;
(e)
nama
ketua pegawai eksekutif, jika ada; dan
(f)
suatu
senarai pegawai Koperasi yang berkenaan dengan pengurusan Koperasi, jika ada.
(2) Koperasi
hendaklah juga menyediakan aturan aktiviti untuk diperiksa oleh anggota, jika
ada.
Penyerahan
tugas
76. Penyerahan
tugas hendaklah dilakukan secara bertulis apabila berlaku pertukaran bagi
apa-apa jawatan dalam Koperasi dan disempurnakan dalam tempoh tidak lewat
daripada empat belas hari selepas berkuatkuasanya pertukaran itu.
Laporan oleh seseorang yang dilantik mewakili Koperasi
77. (1) Seseorang yang dilantik untuk mewakili
Koperasi di dalam apa-apa mesyuarat,
seminar, forum atau lawatan sambil belajar atas perbelanjaan Koperasi sama ada di dalam atau di luar negeri,
menurut Peraturan, hendaklah
mengemukakan laporan ringkas kepada mesyuarat agung tahunan yang akan datang
yang terawal diadakan bagi Koperasi.
(2) Jika orang
itu gagal mengemukakan laporan, dia hendaklah membayar balik semua perbelanjaan
yang telah ditanggung oleh Koperasi. Koperasi berhak mendapatkan balik setiap
perbelanjaan tersebut seolah-olah ianya suatu hutang yang kena dibayar kepada
Koperasi.
Pelantikan Yang Dipertua
78. Lembaga boleh
melantik seorang kenamaan sebagai Yang Dipertua kepada Koperasi. Dia hanya bertindak sebagai penaung dan boleh
menghadiri mana-mana mesyuarat yang diadakan oleh Koperasi tetapi tidak
mempunyai hak untuk mengundi.
Pertikaian
79. (1) Segala pertikaian menurut subseksyen
82(1) Akta, yang menyentuh hal penubuhan, Undang-undang Kecil, pemilihan
pegawai, perjalanan mesyuarat agung,
pengurusan atau perniagaan Koperasi hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya,
menurut Peraturan.
(2) Mana-mana
anggota yang dibuktikan telah membuat pengaduan atau merujukkan pertikaiannya
kepada mana-mana orang selain daripada Suruhanjaya hendaklah dianggap telah
bertindak dengan cara yang memudaratkan kepentingan Koperasi dan boleh
dikenakan tindakan menurut undang-undang kecil 23.
(3)
Segala
pertikaian selain daripada yang dinyatakan menurut subseksyen 82(1) Akta
hendaklah dirujuk kepada mesyuarat agung Koperasi untuk penyelesaian. Apa-apa
pertikaian yang tidak dapat diselesaikan hendaklah diputuskan oleh Suruhanjaya
dan keputusannya adalah muktamad.
Pemeliharaan kerahsiaan
80.
Anggota
Lembaga, pegawai, pekerja, juruaudit atau mana-mana orang yang mempunyai akses
kepada maklumat mana-mana anggota yang diperolehi dalam melaksanakan perniagaan
atau tugas dengan Koperasi, tidak boleh digunakan untuk kepentingan peribadi
dan tidak boleh dizahirkan kepada mana-mana orang tanpa izin anggota melainkan
yang dibenarkan oleh undang-undang bertulis.
Pembubaran
81.
Koperasi
hanya boleh dibubarkan dengan perintah Suruhanjaya.
Akta, Peraturan dan Undang-undang Kecil
82.
(1) Undang-undang Kecil ini adalah dibuat
menurut Peraturan dan hendaklah tertakluk kepada peruntukan Akta dan Peraturan.
Apa-apa pindaan kepada Undang-undang Kecil ini tidak boleh dibuat melainkan
dengan kehendak atau kebenaran Suruhanjaya. Aturan aktiviti tidak boleh dibuat
melainkan dengan kelulusan mesyuarat agung.
(2) Apa-apa urusan Koperasi hendaklah
tertakluk kepada Akta, Peraturan dan Undang-undang Kecil serta aturan aktiviti
dan hendaklah dibaca bersekali.
Undang-undang
Kecil hendaklah mengikat anggota
83.
Menurut
seksyen 17 Akta, Undang-undang Kecil ini hendaklah mengikat Koperasi dan anggotanya sehingga takat yang
sama seolah-olah Undang-undang Kecil ini telah ditandatangani oleh tiap-tiap
anggota dan mengandungi waad pada pihak
tiap-tiap anggota bagi dirinya sendiri dan bagi penggantinya untuk
mematuhi segala peruntukan Undang-undang
Kecil ini.
Diakui pindaan
Undang-undang Kecil ini telah dibentang, dibincang dan diterima di dalam
mesyuarat agung tahunan bertarikh tiga puluh haribulan Disember tahun
dua ribu sebelas.
________________ __________________ __________________
(Ag Thomas Atahi )
(
) ( )
Pengerusi Lembaga Lembaga
Langgan:
Catatan (Atom)