27 November 2008

Benarkah Koperasi Diberi Keistimewaan Oleh Kerajaan ?

Berdasrkan penglaman saya berurusan dengan jabatan / agensi kerajaan, memohon atas nama koperasi lebih sukar berbanding dengan mngunakan nama syarikat (persendirian, perkongsian atau Sdn. Bhd). Terlalu banyak karenah birokrasi. Ketika kami memohon permit Teksi Lapangan Terbang salah satu syaratnya adalah perlu dapatkan surat sokongan dari SKM ibu pejabat dan ternyata bukan mudah untuk dapatkan surat sokongan tersebut di mana hingga kini kami belum lagi mendapatkan surat tersebut. Kalau surat sokonganpun sudah susah permohonan permitnya usah ceritalah. Apa yang menyedihkan lagi ialah pengalaman kami ketika koperasi kami memohon pendaftaran dengan CIDB, permohonan pertama kami telah ditolak dan terpaksa merayu. Malahan ada jabatan kerajaan tidak menyediakan ruangan khas di dalam borang permohonan mereka. Sebagai contoh permohonan untuk Sijil Pengiktirafan Status Bumiputera dengan pihak Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat dan Permohonan Pendaftaran PUKONSA. Bagi kemudahan pembiayaan koperasi memang badan yang paling susah dapatkan bantuan dari pihak kerajaan apatah lagi pihak bank. Walaupun selalu diwar-warkan pelbagai bentuk pembiayaan disediakan namun misalnya TMP pada hakikatnya itu hanyalah indah khabar dari rupa. Banyak koperasi yang dah memohon terpaksa menunggu bertahun-tahun lamanya kerana kelulusan dari ibu pejabat. Seperti kata rakan saya Encik Balanting Erom, koperasi mereka memohon pinjaman tetapi dari mula menebas hinggalah berbuah barulah pinjaman diluluskan, itupun cek kena tunggu diserahkan oleh YB Menteri. Koperasi yang sepatutnya memerlukan modal pusingan untuk tujuan menanam akhirnya dapat sewaktu berbuah iaitu ketika koperasi sudah tidak perlukan lagi pinjaman kerana kalau dah berbuah hanya tunggu masa untuk menuai dan menjual hasil tanaman ini. Malahan agensi MECD sendiri lebih suka berurusan dengan pihak lain dalam memberikan peluang samada dalam bidang bekalan, perkhidmatan atau kontrak berbanding koperasi. Akhirnya koperasi kecil di Sabah khasnya semakin bertambah kerdil dan menunggu masa unuk berkubur. Nama koperasi ini hanya timbul ketika musim berkursus dan selepas itu kita tercari-cari di mana mereka. ANGKASA juga kurang mainkan peranan dalam usaha memperjuangkan nasib koperasi kecil yang menjadi anggota ANGKASA. Musim persidangan dan kursus saja koperasi tersebut diperlukan selepas itu, pandai-pandailah mereka bawa diri, untng sabut timbullah mereka tapi kalau untung batu....kasihan.

24 November 2008

ANGGOTA KOPERASI WAJAR IKUTI KURSUS

Pengerusi Kotema Berhad En. Ag Thomas Haji Atahi menyarankan agar anggota koperasi mengambil peluang mengikuti kursus yang disediakan oleh PULAKOP, MKM dan Angkasa. Menurut beliau anggota koperasi wajar ikuti kursus sebagai menambah pengetahuan berkenaan pelbagai aspek samada yang berkaitan dengan koperasi ataupun yang berkaitan dengan IT. Komen anda amat kami alu-alukan.

20 November 2008

Kotema Lancarkan Laman WEB

Koperasi Temasa akan melancarkan laman web barunya