29 Mei 2009

Kursus Laman WEB Di PULAKOP

Seramai 20 orang telah hadir mengikuti kursus yang bermula pada 27 Mei 2009. Para peserta berjaya menghasilkan laman web dan blog masing-masing. Para peserta cukup berpuashati dan mengharapkan pihak PULAKOP dapat mengadakan kursus tersebut pada masa yang akan datang.

28 Mei 2009

Mesyuarat Agung Koperasi

Pada : 30 Jun 2009

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Pulakop

29 April 2009

KENAPA LPKP TOLAK PERMOHONAN PERMIT TEKSI DARI KOPERASI ?

Tahun lalu Kotema Berhad dengan beberapa buah koperasi telah membuat permohonan permit teksi lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu dengan pihak LPKP. Tapi semua permohonan koperasi ditolak dan diluluskan hanya untuk individu dan syarikat sahaja sedangkan masa 2 siri kursus keusahawanan yang saya hadiri di mana Penolong Pengarah LPKP yang memberi taklimat semasa kursus tersebut memberikan harapan yang cukup tinggi bahawa permohonan koperasi akan diberi keutamaan kerana LPKP dan Koperasi satu bumbung (satu kemeneterian / MECD...dulunya) Persoalannya kenapa ditolak permohonan dari koperasi dan di mana sudah janji manis penolong pengarah LPKP...jangan masa bagi taklimat bukan main manisnya janji di tabur tapi bila koperasi memohon jadi hancur lebur....kerana setiap benda perlukan kos. Untuk memohon permit teksi lapangan terbang misalnya koperasi terpaksa keluarkan kos ratusan RM (untuk trading lesen, beli borang, bayaran proses, kos perjalanan dan lain-lain kos). Kalau agensi kerajaan tidak tolong koperasi....siapa lagi ?

26 April 2009

Kursus Di PULAKOP Semakin Dapat Sambutan

Nampaknya kursus-kursus di Pulakop semakin dapat sambutan dan diharap akan berterusan pada masa akan datang. Kotema memang sentiasa menghantar peserta pada tiap kali kursus di Pulakop sejak dari tahun 2006 lagi.

25 April 2009

MECD PERLU DIUJUDKAN SEMULA

Ramai koperator kecewa bila MECD dihapuskan.