20 Julai 2010

113 ORANG HADIR KURSUS PENDIDIKAN ASAS ANGGOTA

Seramai 113 orang hadir pada kursus Pendidikan Asas Anggota Anjuran bersama MKM Cawangan Sabah dan Koperasi Temasa Bhd pada 18 Julai 2010 yang telah dirasmikan majlis penutupannya oleh YB Datuk Rosnah Hj Abd. Rashid Shirlin, Tim. Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen P. 175 Papar. Pegawai Latihan MKM En. Jaibit Jaudin telah memberikan ceramah pada kursus tersebut yang bermula pukul 9.00 pagi dan berakhir pada 4.30 petang.